Mega Sutra
Mega Sutra merupakan sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan pembinaan bangunan, perparitan, pembekal alat komunikasi, kerja-kerja elektrik serta perkhidmatan pengiklanan. Mega Sutra menjalankan urusniaga dengan beberapa syarikat tempatan seperti Borneo Samudera Sdn Bhd, Sabah Electricity Sdn Bhd, Malaysia Airports Bhd dan Majlis Perbandaran Tawau ( MPT) serta Syarikat Telekomunikasi Celcom Sdn Bhd.
Urusniaga yang dijalankan dengan syarikat-syarikat tersebut adalah seperti membekal alat-alat komunikasi (radio call), memasang pencawang kawalan jauh radio repeater dan membaiki peralatan system radio. Syarikat ini juga mewakili syarikat Celcom untuk mempromosikan produk Celcom seperti BlackBerry, Vodafone, Broadbrand dan sebagainya.
Seramai lebih 40 orang belia Tawau berkerja di syarikat ini dengan bayaran gaji bermula RM300.00 sehingga RM3000.00 berdasarkan kelayakan dan kerja yang ditetapkan oleh pihak pengurusan syarikat.
Alamat Syarikat :
Mega Sutra.
TB 4267, Lot 1, Tawau Lama, 60509, 91015, Tawau, Sabah.
Tel: (6089) 779687






