Misi
Melahirkan masyarakat belia yang berintelektual dalam perniagaan internet dan bergerak maju dalam bidang sosial dan ekonomi serta membina organisasi belia yang celik IT. Disamping itu, penglibatan belia juga dapat menarik lebih ramai pelanggan untuk menggunakan perkhidmatan dan produk kami seperti rangkaian Celcom dan sebagainya.
Syarikat juga ingin melengkapkan golongan belia dengan pelbagai pengetahuan dalam bidang keusahawanan dengan memberi penekanan kepada perubahan minda dan sikap ke arah membentuk generasi belia yang bertanggung jawab, dinamik, dan mempunyai daya kepimpinan yang baik melalui pelbagai program yang diadakan di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
Menjadi pemangkin dan contoh perkhidmatan pengurusan perniagaan terbaik kepada syarikat yang lain khususnya di bandar Tawau. Iaitu, dengan mengekalkan kualiti dan melakukan kepelbagaian inovasi dalam penghasilan produk dan perkhidmatan kepada para pelanggan menerusi perniagaan internet atau e-commerce.
Visi
Keutamaan Syarikat Exec Luxury ialah kualiti perkhidmatan dan produk yang dipasarkan kepada masyarakat dengan visi berusaha sedaya upaya untuk mencapai objektif perniagaan yang akan memenuhi kehendak pelanggan. Bagi merealisasikan matlamat ini, syarikat akan sentiasa memberi perkhidmatan dan layanan yang baik dengan mengamalkan konsep 3S iaitu memberi khidmat sebelum, semasa dan selepas berurusniaga yang bersesuaian dan terarah kepada kepentingan pelanggan untuk mengekalkan status dan mampu bersaing dengan syarikat-syarikat ternama.
Kebajikan para pekerja juga dititik beratkan dalam syarikat ini dengan menyediakan persekitaran dan ruang kerja atau pejabat yang selesa berserta kemudahan infrastuktur lain seperti bekalan air dan elektrik, komputer, mesin fotostat dan bagi memaksimakan produktiviti yang dihasilkan. Kemudahan kenderaan syarikat turut disediakan untuk memudahkan para pekerja bertemu mata dengan pelanggan sekiranya keadaan memerlukan. Selain itu, kenderaan syarikat juga akan digunakan oleh para pekerja untuk menjalankan sebarang promosi dari satu tempat ke tempat lain yang telah ditetapkan dalam perancangan.
Syarikat akan memberi sepenuhnya kerjasama yang baik dengan rakan perniagaan melalui etika perniagaan dan integriti yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Dengan cara ini, hubungan syarikat dan rakan niaga akan bertambah erat dan dapat mendorong ke arah peningkatan kualiti dalam perkhidmatan dan penghasilan serta pemasaran produk.






