You are here: Home Profile Latar Belakang Syarikat




PENGENALAN SYARIKAT

Exec Luxury Sdn Bhd

Syarikat Exec Luxury Sdn Bhd merupakan syarikat yang baru ditubuhkan pada 12 November 2009, yang akan menjalankan perniagaan seperti pembinaan bangunan, perparitan, membekal alat komunikasi, kerja-kerja elektrik serta pengiklanan. Syarikat ini juga ingin memulakan langkah untuk membuat perniagaan-perniagaan tersebut menerusi jaringan internet.

Pengasas kepada syarikat ini ialah Encik Mohd Hassan bin Ahmat. Sebelum menubuhkan syarikat ini, beliau juga merupakan pengasas syarikat Mega Sutra. Sehubungan itu untuk memajukan lagi bidang perniagaan secara meluas maka syarikat Exec Luxury ditubuhkan sebagai wadah perniagaan melalui internet.

Syarikat ini memberi peluang kepada belia–belia Tawau untuk mengisi kekosongan jawatan sekaligus ini dapat membuka peluang kepada mereka untuk mempelajari dan menimba ilmu dalam bidang perniagaan melalui internet. Jika sebelum ini syarikat Mega Sutra telah banyak mengambil belia–belia Tawau sebagai tenaga kerja maka konsep ini dikekalkan dalam syarikat Exec Luxury Sdn Bhd. Syarikat ini bermatlamat untuk memajukan belia–belia agar menjadi satu gagasan belia yang berintelektual dan berjaya.

 

Mega Sutra

Mega Sutra merupakan sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan pembinaan bangunan, perparitan, pembekal alat komunikasi, kerja-kerja elektrik serta perkhidmatan pengiklanan. Mega Sutra menjalankan urusniaga dengan beberapa syarikat tempatan seperti Borneo Samudera Sdn Bhd, Sabah Electricity Sdn Bhd, Malaysia Airports Bhd dan Majlis Perbandaran Tawau ( MPT) serta Syarikat Telekomunikasi Celcom Sdn Bhd.

Urusniaga yang dijalankan dengan syarikat-syarikat tersebut adalah seperti membekal alat-alat komunikasi (radio call), memasang pencawang kawalan jauh radio repeater dan membaiki peralatan system radio. Syarikat ini juga mewakili syarikat Celcom untuk mempromosikan produk Celcom seperti BlackBerry, Vodafone, Broadbrand dan sebagainya.

Seramai lebih 40 orang belia Tawau berkerja di syarikat ini dengan bayaran gaji bermula RM300.00 sehingga RM3000.00 berdasarkan kelayakan dan kerja yang ditetapkan oleh pihak pengurusan syarikat.


Objektif

Exec Luxury Sdn Bhd bermatlamat memajukan belia dalam bidang perniagaan secara maya (internet). Secara tidak langsung ianya membuka peluang kepada para belia mengisi kekosongan jawatan yang terdapat dalam syarikat. Objektif ini juga dilihat sejajar dengan matlamat kerajaan untuk mengurangkan peratus pengangguran di Malaysia.

 

 

 
Last month September 2010 Next month
S M T W T F S
week 35 1 2 3 4
week 36 5 6 7 8 9 10 11
week 37 12 13 14 15 16 17 18
week 38 19 20 21 22 23 24 25
week 39 26 27 28 29 30

Visitors Counter

Related Items